Entri Terkini, Baca sini juga!

Matlamat & Objektif

1.0       PENDAHULUAN
‘Monterez Trio Beginners Bowling League Season #1 ini hanya terhad untuk 8 pasukan dimana setiap 1 pasukan terdiri dari 6 pemain yang telah di daftarkan. Liga boling ini di adakan pada setiap hari Rabu bermula 9 Ogos 2015, Jam 8.30 malam. Monterez Trio Beginners Bowling League Season #1 ini di adakan di Ole Ole Bowling, Monterez Club Golf Subang, Shah Alam. Jika terdapat perubahan atau pertukaran masa liga akan dimaklumkan seminggu sebelum permainan bermula di atas sebab-sebab tertentu.

2.0       OBJEKTIF LIGA
‘Monterez Trio Beginners Bowling League Season #1 ini bermatlamat untuk menggalakkan penyertaan dari pemain berstatus ‘beginner’ sebagai satu aktiviti mingguan serta mengeratkan sillaturahim. DIsamping itu, ia dapat mendorong penganjur mewujudkan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian sambil beriadah. Dengan harapan dapat mewujudkan budaya hidup berteraskan kesukanan bagi meningkatkan prestasi, skil dan kecergasan diri yang proaktif dan terbilang.

Selain itu juga, ianya juga bertujuan untuk menggalakkan aktiviti-aktiviti boling dan menentukan kejohanan pasukan bermusim. Ianya juga bertujuan memupuk dan mengekalkan semangat persaudaraan sillaturahim yang baik dan kesukanan dalam berpasukan yang mengambil bahagian.

3.0       BUTIRAN ‘MONTEREZ TRIO BEGINNERS BOWLING LEAGUE SEASON #1
Tempat           : Ole-Ole Bowling, Monterez Golf Club Subang, Shah Alam
Masa               : 8.30 malam - 11.00 malam
Minggu           : 14 minggu @ 2 pusingan
Pasukan          : 8 pasukan/ 6 pemain setiap pasukan
Yuran              : RM63.00/ pasukan
Format              : 10 pin

4.0       KELAYAKAN
Setiap pasukan hendaklah terdiri daripada 6 pemain sahaja. Terhad kepada 8 pasukan yang komited dan berminat untuk menyertai liga ini. Syarat dan kelayakan pemain untuk bermain di dalam liga ini adalah dari ‘Beginner’ sahaja.

5.0       JAWATANKUASA/ URUS SETIA LIGA
Pengurusan dalam liga ini hanya diberi kuasa pada urus setia Liga dan ketua pasukan. Setiap ahli ketua pasukan berhak dan berkuasa atas keputusan yang telah ditetapkan dalam liga.

Urus setia/ penganjur berhak menentukan kelayakan seseorang pemain berdasarkan kejohanan yang telah di adakan dari mana-mana pusat boling setempat.

6.0       KETUA PASUKAN, TANGGUNGJAWAB DAN TUGASAN
Ketua pasukan bertanggungjawab dalam memastikan tiada sebarang kejadian yang berlaku pada malam liga tersebut. Ketua pasukan yang telah dilantik oleh ahlinya hendaklah menyampaikan sebagai wakil dalam pasukan kepada penganjur/ Urus Setia yang terlibat.

7.0       YURAN LIGA
Sekuriti Deposit                       : RM100.00
Trophy Fund                            : RM300.00
Fi setiap minggu                     : RM63.00
Tarikh tutup ‘Trophy Fund’     : 3 minggu selepas liga bermula

8.0       UNIFORM LIGA
Setiap kumpulan di wajibkan memakai uniform yang telah di sediakan oleh pihak penganjur dan fi akan dikenakan bagi kepada setiap kumpulan yang menyertai liga ini.

Sekiranya pasukan yang tidak atau engkar memakai uniform, pihak penganjur akan mengenakan penalti dan penolakan sebanyak 5 mata akan dikenakan kepada pemain terlibat dalam setiap minggu liga bermula. Diberi tempoh selama 4 minggu untuk penganjur mengedarkan uniform liga kepada pasukan yang menyertai liga ini.

9.0       KELEWATAN DALAM LIGA
Liga ini akan bermula pada jam 8.30 malam dengan diberi latihan percuma selama 15 minit. Penganjur akan membuat pengumuman pada jam 8.45 malam untuk memastikan bahawa permainan harus bermula pada masa itu. Mana-mana pemain yang datang selepas pengumuman pada jam 8.45 malam akan di ‘blind skor’ untuk frame pertama. Permainan frame 1 untuk pemain tersebut akan dianggap sebagai buta (blind score). Sekiranya ada pasukan tidak dapat memulakan permainan pertama disebabkan oleh kelewatan ahli pasukan atau atas jua sebab tertentu, setelah bermulanya balingan atau roll off oleh pasukan lawan, maka pasukan itu dikira "blind score" sebanyak 100 mata sahaja.

10.0     SENARAI PEMAIN
Senarai nama hanya terhad kepada tiga (3) pemain sahaja dalam pasukan. Semua pemain yang berdaftar dalam liga dikehendaki saling mengingati antara satu sama lain agar hadir untuk liga ini.

Diberi tempoh selama lima (5) minggu selepas liga bermula untuk menambahkan pemain baru dalam kumpulan. Penganjur berhak untuk membatalkan nama pemain baru sekiranya engkar Tidak ada pemain baru boleh ditambah untuk liga ini kecuali berlakunya kurang persefahaman antara pasukan dan boleh di tukar ganti ke pemain yang baru. Pemain yang tidak hadir semasa liga berlangsung dan namanya akan ditetapkan ‘blind score’ sebanyak 100 mata.

11.0     HILANG UPAYA, KECEDERAAN ATAU KECEMASAN
Apabila pemain tidak dapat menghabiskan permainan atas sebab hilang upaya, kecederaan atau kecemasan, pemain yang terdiri dari pasukan perlu mengira kesemua skor jatuhan pin yang sebenar dalam permainan.

12.0     PENANGGUHAN
12.1 Liga
Sekiranya terdapat ada sebarang penangguhan Liga di atas sebab-sebab tertentu akan diberitahu kepada semua pemain dan tarikh penggantian masa liga akan ditentukan oleh pihak penganjur.

12.2 Kumpulan/ Pasukan
Pasukan pemain yang meminta penangguhan akan di ‘blind Score’ tanpa apa-apa notis kecuali jika liga ini di tunda atas sebab-sebab tertentu dan akan dimaklumkan kepada semua pemain yang terlibat. Sebarang pertanyaan atau kemusykilan boleh hubungi penganjur melalui email tournament@myideakini.com atau sms / whatssapp di no 016-6893037 (NKA), 017-6113539 (KAK DIANA) dan 017-3321774 (HARRY)

12.3 ‘Pre-bowl’
Pasukan yang ingin membuat ‘pre-bowl’ perlulah memaklumkan dengan penganjur dua (2) hari sebelum minggu liga bermula. ‘Pre-bowl’ hendaklah dihabiskan sebelum liga bermula untuk minggu berikutnya.

12.4 ‘Post-bowl’
Pasukan yang ingin membuat ‘postbowl’ perlulah memaklumkan dengan penganjur dua (2) hari sebelum minggu liga bermula. Postbowl hendaklah dihabiskan sebelum liga bermula untuk minggu berikutnya.

13.0     HADIAH
Senarai hadiah akan dipaparkan di papan notis pusat bowling dan akan diumumkan dalam tempoh TUJUH (7) MINGGU dari permulaan liga. Untuk kelayakan hadiah, pemain perlulah menghabiskan liga yang telah ditetapkan oleh penganjur. Jika sekiranya pemenang seri, pemenang akan di kira melalui jumlah kekerapan purata pin dan akan layak menerima hadiah dari penaja. Tiada pasukan atau individu layak untuk kategori hadiah sama ada skor yang tinggi atau permainan yang tinggi. Satu pasukan atau pemain yang layak untuk kedua-dua kategori akan menerima hadiah melalui jumlah mata tertinggi.

Senarai hadiah untuk pemenang berpasukan dan individu akan diumumkan pada sesi /minggu ke-2 Liga Bowling Komuniti Ole Ole Monterez Musim #1. Pemenang adalah berdasarkan mata terkumpul dan skor pin tertinggi. Berikut adalah hadiah untuk:

11.1     BERPASUKAN SKOR MATA DAN PIN TERKUMPUL: 
        JUARA
        NAIK JUARA
        TEMPAT KE-3
                                                                                                           
11.2     PEMENANG UNTUK INDIVIDU HI-SERIES SKOR MATA & PIN + HDCP/  
        MINGGUAN

11.3     PEMENANG UNTUK KUMPULAN HI-SERIES SKOR MATA & PIN + HDCP/ 
        MINGGUAN

11.4     PEMENANG UNTUK INDIVIDU HI SKOR MATA TERTINGGI (GAMES) + 
        HDCP/ MINGGUAN

11.5     PEMENANG UNTUK BERKUMPULAN HI SKOR MATA TERTINGGI 
        (GAMES) + HDCP/ MINGGUAN


14.0     PERATURAN DAN PERMARKAHAN
14.1     Kiraan mata di buat melalui ‘SATU LAWAN SATU’ dimana pemain pertama akan 
            menentang pasukan lawan pemain yang pertama dan seterusnya.

14.2     Skor- Berasaskan ‘SATU LAWAN SATU’ dimana pemain pertama akan menentang 
          pasukan lawan pemain yang pertama dimana jumlah pin + HDCP dan kumpulan tertinggi dianggap menang dan akan menerima 1 mata.

14.3     Masa balingan akan diberikan secara PERCUMA selama 10 minit. Selepas latihan 
            PERCUMA 10 minit ini tamat, permainan akan dimulakan.

14.5     Mata ‘handicaped’ yang telah ditetapkan oleh penganjur mengikut kategori jantina adalah 
         seperti berikut berdasarkan “cut off” pada purata 175 di anggap 0 ‘handicaped’. Jumlah pengiraan ‘handicaped’ adalah seperti berikut:
           
                                                175 - Skor Jatuhan Pin x 2
                                                                 3
LELAKI             : 20
WANITA           : 30

14.6     Keputusan ‘Monterez Trio Beginners Bowling League Season #1’ setiap minggu akan dipaparkan pada papan bulletin pusat boling untuk rujukan setiap pasukan. Penganjur berhak mengubah/  
membatalkan keputusan Liga sekiranya terdapat berlakunya kerosakan sistem scoreboard pusat 
boling. Keputusan penganjur adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.

 15.0     PENUTUP
‘Monterez Trio Beginners Bowling League Season #1’ ini adalah bagi memenuhi aktiviti mingguan. Dengan adanya aktiviti liga ini dapat di laksanakan dengan jayanya mengikut jadual yang dirancang serta mendapat sokongan sepenuhnya dari pihak pengurusan Ole-Ole Bowling, Monterez Golf Club Subang, Shah Alam, Selangor. Segala kerjasama yang diberikan oleh urusetia, peserta mahupun pihak pengurusan Ole-Ole Bowling didahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

No comments: